MaSiH LaWaK

Timbang Berat

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu
alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan
membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita
oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba
di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM
1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer
menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang
cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.
Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

LaWaK

KANGGARU

Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu,
seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.
Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar
dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi.
Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku
setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya
itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali
ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak
kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga
beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya".

CeRiTERa LaWaK

Salah Tafsiran

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan...".

Apa SUdaH JaDi Ngan MaLaySia????

KSI pemain Malaysia, Mohamad Hardi Jaafar (melompat) ketika menentang UAE dalam saingan kelayakan Piala Asia 2011 yang menyaksikan skuad Sathia dibelasah 5-0.

Guna khidmat awang import sebagai langkah jangka pendek




SELAMAT berjumpa kembali. Apa lagi kalau tidak bola sepak yang menjadi bahan berita akhir-akhir ini.

Kekalahan 0-5 skuad negara kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Rabu lalu bukan satu kejutan besar.

Kebetulan pada malam yang sama, pengacara TV3, Ally Iskandar mengutarakan tajuk Angan-angan 2018, sama ada mampu atau tidak pasukan negara layak ke Piala Dunia 2018.

Sebenarnya, cita-cita murni untuk layak ke pentas tertinggi itu disampaikan kepada masyarakat menerusi media ketika urus setia FAM dikendalikan oleh bekas politikus, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.

Barangkali ia dibuat oleh FAM semata-mata untuk score points biarpun ia tidak realistik.

Saya tertarik dengan cadangan Ally yang antara lain menyaran agar mewujudkan liga antara perumahan, liga bawah 12 tahun, rebat cukai kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang aktif dalam bola sepak selain menaja seorang pemain remaja ke kelab di Eropah.

Dalam hal ini, saya juga mahu menggesa agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menimbang kemungkinan menggunakan khidmat pemain asing untuk memperkuatkan pasukan negara sebagai langkah jangka masa pendek.

Saya pernah menyuarakan pendapat ini kepada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah sejurus pasukan negara bimbingan Norizan Bakar dibelasah teruk dalam Piala Asia 2007.

Baginda bagaimanapun tidak berminat. Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin juga kurang berminat dengan idea ini.

Soalnya, adakah bakat yang dilahirkan menerusi sistem sedia ada mampu mewujudkan generasi berkaliber?

Isu ini bukan baru. Bahkan ia pernah dibincangkan ketika Kementerian Belia dan Sukan diterajui Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang memantau perkembangan atlet asing seperti jaguh angkat berat kelahiran Medan, Hidayat Hamidon, penembak Ukraine, Irina Maharani dan atlet dari China, Yuan Yufang yang diberi taraf kerakyatan bagi membolehkan mereka menyertai Sukan Komanwel pada 1998.

Parlimen juga pernah membincangkan perkara ini apabila bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, menggesa badan induk itu mengikut trend semasa, dengan menyebut Qatar, Portugal, Switzerland, Poland dan Singapura sebagai contoh.

Saya pernah mencadangkan agar penyerang Negeri Sembilan, Christian Bekamenga diberi taraf warga negara. Idea ini tidak mendapat sambutan. Tidak lama kemudian Bekamenga berhijrah ke Indonesia dan seterusnya terpilih mewakili pasukan Olimpik Cameroon.

Saya berbual dengan bekas jurulatih Iran, Heshmat Mohajerani yang terkejut menyaksikan persembahan pasukan kebangsaan pada Sukan Asia 2006 di Doha.

"Saya sanggup datang ke Malaysia dan menjadi jurulatih kebangsaan, tapi dengan syarat saya diberi hak membawa tiga pemain warga Afrika," katanya yang membimbing Iran menjuarai Sukan Asia 1974, layak ke Sukan Olimpik 1976 di Montreal dan muncul juara Piala Asia pada tahun yang sama sebelum layak ke Piala Dunia di Argentina pada 1978.

Penggunaan warga asing sepatutnya boleh dipertimbang untuk jangka masa lima atau enam tahun sambil kita cuba mengkaji kaedah terbaik memperbetulkan sistem di akar umbi, struktur di peringkat daerah, negeri dan FAM sendiri.

Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa bola sepak dekat di hati kita. Kalau tidak masakan stesen TV menggunakan bola sepak sebagai vehicle realiti TV seperti Soccerkids, MyTeam dan Soccer Stars.

Sebelum bola sepak kita terus tergelincir ke lembah paling hina, buatlah sesuatu.

copied from kosmo

WOMEN= √PROBLEM..???



Fuhh.....satu tamparan hebat bagi women kalo tgk perkiraan diatas. Namun, itu la realiti kalo dapat pmpuan yang mcm pelesit duit. Formula ni aku dapat kat website dikala aku tgh surfing kat tenet.

Tapi...........betulkah smua pmpuan mcm tu? Jwpnnya kalo bagi aku, tak sumer pmpuan cmtu. Ada sesetengah je kot. Errr...Maybe.. Ibarat setitik nila rosak susu sebelanga.. Sape yang wat formula ni mesti pernah kecewa dgn pmpuan mcm tu seterusnya mengakibatnya terbit formula2 mcm tu.

Bagi aku, pmpuan tak harus dididik dgn harta dan wang ringgit. Kasih sayang sudah memadai kerna dengan duit bukan satu bentuk kebahgiaan. Kita amek satu contoh yang slalu dapat kita lihat. " Mari kita lihat perbezaan org kaya dgn org yang miskin,

BERHARTA
Org kaya tu bhagiakah mereka? Ramaikah cahaya mata?(walaupun duit banyak) dan kebanyakan org kaya, anak mereka terlalu terbiar kerana kecuaian mereka mengejar harta dunia.

SEDERHANA & MISKIN
Slalunya kita tgk, diaorg ni bahagia walaupun hidup tak brapa nak mewah. Cahaya mata, fuhh...lagi ramai, org kaya slalu kita tgk maximum 2 je. Tapi, kalo ygni. fuhh.....ramai. Mungkin ader hikmah disebalik. Dan lagi satu, mereka bahagia dengan hidup, jarang berselisih faham.

Tapi kat atas tu aku bersependapat dengan satu equation iaitu:


MONEY= √PROBLEM

DUIT=PUNCA KUASA MASALAH

equation ni mmg popular. Duit merupakan masalah dalam apa jua cara sekalipun. Cara nak dapatkan, cara nak simpan, dan cara nak jaga. Smuanya mengundang masalah.

So, nak dikatakan disini adalah bukan smua perempuan adalah masalah dan bukan smua masalah berpunca dari perempuan. Yeah!!! Equation tersebut berjaya disangkal. Sokong atau tidak???

Powered by Blogger.

Wavin'